Selasa, 8 April 2014

usahawan berjaya

1) Usahawan sentiasa berfikiran dengan kejayaan menjamin hidup bermakna.



2) Usahawan berani menghadapi risiko dengan pelbagai cabaran di dalam perniagaan dan dia suka cabaran dan kejayaan demi kepuasan diri.

3) Usahawan bersikap tidak mahu makan gaji atau terkongkong dengan majikan dan dia merancang melakukan sendiri sebaik-baiknya sesuatu perkara yang akan dilakukannya

4) Usahawan mestilah berfikir bijak dengan menyesaikan pelbagai masalah dan dia tidak akan membiar masalah tu bertimbun-timbun hingga tiada tidak berjaya diselesaikan.Jika masalah tu banyak usahawan akan menyesaikan masalah satu persatu dan tidak menangguhkan walau satu

5)Usahawan yang berjaya sentiasa berfikirpositif di masa depan dan dia percaya jikaberusaha kejayaan pasti akan datang.

6)Usahawan sentiasa mengelak dari berfikir negetif dengan mengelak dan mencari persikitaran yang baik untuk menbantu kejayaannya

7) Usahawan akan bertindak mengikut perancangan walau dia tidak banyak idea  dan dia percaya berusaha dengan bersungguh-sungguh menajadikan ideanya satu kejayaan

8) Usahawan adalah ketua berwibawa, menstilah menghormati perkerja bawah kita dengan baik , disukai dan mengawal perniagaannya dengan teratur supaya berjalan lanacar sera memperolehi keuntungan dan bonus pada pada pekerja


9)Usahawan perlu percaya kepada perkerja dan pembekal tapi dia harus menangani dengan kebijaksaan

10) Petua yang paling penting haruslah ada ilmu dan otak . yakin dengan berilmu supaya berani i menempuh risiko dan dugaan.

11)Usahawan cepat belajar jika jatuh dan cepat belajar dari sesuatu kesilapan dan tidak berulang lagi buat kali kedua

12) Usahawan mesti bijak dan pandai ambil peluang, mengenal pasti peluang dan merebut peluang dan melaksanakannya serta memastikan kualiti di jaga

13) Usahawan tidak akan berhenti walau target dia sudah berjaya dan memasang cita-cita untuk lebih baik dari masa ke semasa.



14)Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15)Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16)Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17)Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya.

18)Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

19)Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

20)Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

21)Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

22)Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

23)Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

24)Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

25) Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.


Usahawan pandai membuat keputusan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan