Jumaat, 29 Ogos 2014

Majikan dan pekerja

1) Jarang-jarang kita dapati pada hari ini seorang majikan atau pengurusan berhimpunan padanya sifat-sifat adil , mesra dan kasih sayang

2) Seseorang pengurus mestilah berilmu dan berpengalaman mesra sesama pekerja , anggap pekerja kita adik seperti adik beradik kita sendiri 

3) Cara perniagaan hendaklah mengikut cara islam untuk menegak kebenaran dan sedia menerima teguran jika bersalah , tidak membuat janji-janji manis


4-Membuat perhimpunan untuk mendengar kearah kebaikan adalah mudah,tetapi untuk membuatkearah kebaikan adalah sukar dan payah. 

5-Ruginya seorang pengurus itu kakitangan takut kepadanya kerana hukumannya, bukan takut kerna hormat kepadanya.

 6-Antara kejayaan seorang guru , pemimpin atau pengurus antara ayah ialah dapat mendidik orang-orang bawahnya hingga dapat rasa hormat dan takut kepadanya , bukan hormat sahaja dan bukan takut sahaja


Usahawan Berjaya menurut perspektif islam



*Di dalam alam serba moden ini, ramai orang ingin berjaya dan mempunyai kemahuan dan kehendak yang tidak terbatas ia akan berkaitan wang , pengaruh dan kedudukan sebab itu ramai orang mencari perniagaan dan melalui perniagaan hasilnya mendapat pulang yang lumayan , ada juga pihak sampai melanggar hukum allah untuk mendapat keuntungan besar

*Islam juga mengalakkan perniagaan 9/10 rezeki melalui perniagaan

1) Jarang-jarang kita dapati pada hari ini seorang majikan atau pengurusan berhimpunan padanya sifat-sifat , mesra dan kasih sayang dan pemurah





2) Mulakan dengan apa-apa sahaja dengan bismillah isyallah rezeki akan diberkati



Khamis, 28 Ogos 2014

10 Cara Mengenali Rakyat Malaysia


Istimewanya menjadi rakyat Malaysia, anda mudah dikenali di serata dunia melalui gaya percakapan, budaya dan tingkah laku. Bagaimana hendak mengenal sama ada anda seorang rakyat Malaysia? Jika ciri-ciri di bawah menggambarkan diri anda, maka dengan bangganya anda boleh mengatakan, "Ya, saya memang anak Malaysia".

1. Tangan anda berkuasa. 

.  Hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pastI berhenti dan memberi laluan kepada anda untukmelintas jalan. Selaju mana pun kereta, lori, van atau bas di jalan raya – semuanya mematuhiisyarat"tangan" ini. Lambaian "tangan" juga memudahkan akses kekawasan perumahan yang berpengawal.Malah, di mana-mana jua, "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa



2. Anda memanggil semua orang sebagai "bos". 


 Tetapi bukanlah bermaksud anda bekerja untuk mereka. Sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil "bos". Peguam, tukang gunting, pelayan restoran - contohnya, "Bos, kuah lebih sikit!" adalah laungan yang biasa didengari di kedai mamak. Satu panggilan yang mesra dan menunjukkan rasa hormat. Begitulah indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan. 



 3. Anda teruja dengan "jualan murah" dan "percuma". 



Sememangnya menjadi sifat orang Malaysia untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma. Lebih murah, lebih baik. Kalau percuma, lebih menarik! Sanggup beratur seawal jam 7 pagi untuk jualan murah, sedangkan ke pejabat jam 9 pagi pun berat kak melangkah. Soalan biasa didengar, "Bos, ada diskaun?"

4. Anda menantikan pengumuman cuti umum setiap kali menang acara sukan. 


Setiap kali wira sukan negara bertarung di pentas dunia, setiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya. Sama ada Piala Thomas, Piala AFF Suzuki, mahupun sukan Olimpik- pengumuman cuti umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. Apabila Dato' Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas, sorakan anda menggegarkan ruang tamu, dengan harapan esoknya diumumkan cuti sebagai meraikannya!

5. Anda mengakiri ayat anda dengan "lah".

 Bolehlah. Taklah. Jomlah. "Lah" adalah istilah serba guna. Cuaca? "Panas sangatlah." Harga? "Mahal sangatlah." Tidak percaya? "Takkanlah?" Di mana jua, pada bila-bila masa … kalau anda rakyat Malaysia, katakan saja-lah.

6. Anda sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan jika ke luar negara, makanan tempatanlah yang paling dirindui. 

Anda sanggup memandu ke mana jua biar pun jauh ke Utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan nasi kandar asli? Boleh, Bos! Bukankah hidup ini satu perjalanan, dan di penghujungnya pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga jika merantau - biarpun hujan emas di negara orang, cita rasa Malaysia tetap di hati.


7. Anda gemarkan makanan yang pedas rasanya. 
Bagi rakyat Malaysia, taburan kepingan cili tidak memadai. Kalau ada sambal belacan, cili potong atau cili padi, barulah dikatakan 'pedas'. Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa jua hidangan mesti ada penambah seleranya. Piza atau ayam goreng? Boleh ditambah sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi cita rasa, mencabar selera dan menggugat deria. Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat Malaysia.

8. Anda gemarkan makanan yang kuat baunya. 

Mm-hm! Anda gemarkan durian, petai, cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu keenakannya lebih istimewa! Keenakan yang unik inilah yang kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.

9. Ambil gambar dulu, baru makan. 9. Ambil gambar dulu, baru makan. 


Pantas sahaja tangan mencapai telefon, merakam gambar hidangan dan berkongsi di Facebook, Twitter atau Instagram. Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan di mana kita makan! Kedai mamak, restoran mewah, hidangan Barat, sajian Timur, berseorangan ataupun beramai- ramai – mesti ambil gambar dulu. Jom kongsikan di media sosial betapa seronoknya menikmati makanan kegemaran yang enak menyelerakan.
10. Anda sentiasa lewat sekurang-kurangnya 30 minit untuk sebarang janji temu. 

Sama ada untuk menghadiri mesyuarat di pejabat, majlis perkahwinan ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda selalunya tiba lewat. Sekurang-kurangnya 30 minit. 'Janji Malaysia', alasan yang biasa diberi. Bukankah anda juga selalu mengatakan, "saya dalam perjalanan", sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak? 

Selasa, 8 April 2014

usahawan berjaya

1) Usahawan sentiasa berfikiran dengan kejayaan menjamin hidup bermakna.



2) Usahawan berani menghadapi risiko dengan pelbagai cabaran di dalam perniagaan dan dia suka cabaran dan kejayaan demi kepuasan diri.

3) Usahawan bersikap tidak mahu makan gaji atau terkongkong dengan majikan dan dia merancang melakukan sendiri sebaik-baiknya sesuatu perkara yang akan dilakukannya

4) Usahawan mestilah berfikir bijak dengan menyesaikan pelbagai masalah dan dia tidak akan membiar masalah tu bertimbun-timbun hingga tiada tidak berjaya diselesaikan.Jika masalah tu banyak usahawan akan menyesaikan masalah satu persatu dan tidak menangguhkan walau satu

5)Usahawan yang berjaya sentiasa berfikirpositif di masa depan dan dia percaya jikaberusaha kejayaan pasti akan datang.

6)Usahawan sentiasa mengelak dari berfikir negetif dengan mengelak dan mencari persikitaran yang baik untuk menbantu kejayaannya

7) Usahawan akan bertindak mengikut perancangan walau dia tidak banyak idea  dan dia percaya berusaha dengan bersungguh-sungguh menajadikan ideanya satu kejayaan

8) Usahawan adalah ketua berwibawa, menstilah menghormati perkerja bawah kita dengan baik , disukai dan mengawal perniagaannya dengan teratur supaya berjalan lanacar sera memperolehi keuntungan dan bonus pada pada pekerja


9)Usahawan perlu percaya kepada perkerja dan pembekal tapi dia harus menangani dengan kebijaksaan

10) Petua yang paling penting haruslah ada ilmu dan otak . yakin dengan berilmu supaya berani i menempuh risiko dan dugaan.

11)Usahawan cepat belajar jika jatuh dan cepat belajar dari sesuatu kesilapan dan tidak berulang lagi buat kali kedua

12) Usahawan mesti bijak dan pandai ambil peluang, mengenal pasti peluang dan merebut peluang dan melaksanakannya serta memastikan kualiti di jaga

13) Usahawan tidak akan berhenti walau target dia sudah berjaya dan memasang cita-cita untuk lebih baik dari masa ke semasa.



14)Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15)Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16)Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17)Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya.

18)Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

19)Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

20)Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

21)Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

22)Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

23)Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

24)Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

25) Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.


Usahawan pandai membuat keputusan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.