Istimewanya menjadi rakyat
Malaysia, anda mudah dikenali di serata dunia melalui gaya percakapan, budaya
dan tingkah laku. Bagaimana hendak mengenal sama ada anda seorang rakyat
Malaysia? Jika ciri-ciri di bawah menggambarkan diri anda, maka dengan
bangganya anda boleh mengatakan, "Ya, saya memang anak Malaysia".
. Hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pastI berhenti dan memberi
laluan kepada anda untukmelintas jalan. Selaju mana pun kereta, lori, van atau
bas di jalan raya – semuanya mematuhiisyarat"tangan" ini. Lambaian
"tangan" juga memudahkan akses kekawasan perumahan yang berpengawal.Malah,
di mana-mana jua, "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa
2. Anda memanggil semua orang
sebagai "bos".
Tetapi bukanlah bermaksud anda bekerja
untuk mereka. Sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil
"bos". Peguam, tukang gunting, pelayan restoran - contohnya,
"Bos, kuah lebih sikit!" adalah laungan yang biasa didengari di kedai
mamak. Satu panggilan yang mesra dan menunjukkan rasa hormat. Begitulah
indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan.
3. Anda
teruja dengan "jualan murah" dan "percuma".
Sememangnya menjadi sifat orang Malaysia
untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma.
Lebih murah, lebih baik. Kalau percuma, lebih menarik! Sanggup beratur seawal
jam 7 pagi untuk jualan murah, sedangkan ke pejabat jam 9 pagi pun berat kak
melangkah. Soalan biasa didengar, "Bos, ada diskaun?"
4. Anda
menantikan pengumuman cuti umum setiap kali menang acara sukan.
Setiap kali wira sukan negara bertarung di
pentas dunia, setiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya.
Sama ada Piala Thomas, Piala AFF Suzuki, mahupun sukan Olimpik- pengumuman cuti
umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. Apabila Dato'
Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas, sorakan anda
menggegarkan ruang tamu, dengan harapan esoknya diumumkan cuti sebagai meraikannya!
5. Anda
mengakiri ayat anda dengan "lah".
Bolehlah. Taklah. Jomlah.
"Lah" adalah istilah serba guna. Cuaca? "Panas sangatlah."
Harga? "Mahal sangatlah." Tidak percaya? "Takkanlah?" Di
mana jua, pada bila-bila masa … kalau anda rakyat Malaysia, katakan saja-lah.
6. Anda
sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan jika
ke luar negara, makanan tempatanlah yang paling dirindui.
Anda
sanggup memandu ke mana jua biar pun jauh ke Utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk
menikmati keenakan nasi kandar asli? Boleh, Bos! Bukankah hidup ini satu
perjalanan, dan di penghujungnya pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga
jika merantau - biarpun hujan emas di negara orang, cita rasa Malaysia tetap di
hati.
7. Anda gemarkan makanan yang pedas rasanya.
Bagi rakyat Malaysia, taburan kepingan cili
tidak memadai. Kalau ada sambal belacan, cili potong atau cili padi, barulah
dikatakan 'pedas'. Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa
jua hidangan mesti ada penambah seleranya. Piza atau ayam goreng? Boleh ditambah
sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi cita rasa, mencabar selera dan
menggugat deria. Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat
Malaysia.
8. Anda gemarkan makanan yang
kuat baunya.
Mm-hm! Anda gemarkan durian, petai,
cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu
keenakannya lebih istimewa! Keenakan yang unik inilah yang kita banggakan
sebagai rakyat Malaysia.
9. Ambil gambar dulu, baru
makan. 9. Ambil gambar dulu, baru
makan.
Pantas sahaja tangan mencapai telefon,
merakam gambar hidangan dan berkongsi di Facebook, Twitter atau Instagram.
Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan di mana kita makan! Kedai mamak, restoran
mewah, hidangan Barat, sajian Timur, berseorangan ataupun beramai- ramai –
mesti ambil gambar dulu. Jom kongsikan di media sosial betapa seronoknya
menikmati makanan kegemaran yang enak menyelerakan.
10.
Anda sentiasa lewat sekurang-kurangnya 30 minit untuk sebarang janji
temu.
Sama ada untuk menghadiri mesyuarat di
pejabat, majlis perkahwinan ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda
selalunya tiba lewat. Sekurang-kurangnya 30 minit. 'Janji Malaysia', alasan
yang biasa diberi. Bukankah anda juga selalu mengatakan, "saya dalam
perjalanan", sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak?